Friday, June 8, 2012

Seharian bergentayangan di laman blog

Blog Penyingkap Fakta 666 bagusss...

Inilah kawanku, si comel Suzanti!  =




Assalamualaikum wbt. Adusss... lama sungguh aku tak menulis. Tangan memang gatal tapi menulis untuk tujuan lainlah. Kalau tidak sebab kerja, sudah semestinya untuk karyaku sendiri. Masyuk beb... Huhu... Hmmm... aku terpanggil untuk menulis semula di blog ini atas dorongan sahabatku, si comel Suzanti Abdul Aziz. Haaaa... nanti aku masukkan foto kawanku itu ya...









Dua bulan sudah, aku terjumpa blog yang menarik tapi kalau orang tak berani tak payah bukalah. Blog Mazidul Akmal Sidek. Rupa-rupanya beliau ada kumpulan persis Seekers, yang kerjanya mencari bukti "kehantuan". Eh, betul ke ayat aku ni? hehe... Nama grup beliau ialah Penyingkapfakta666.blogspot.com Kalau nak baca pengalaman-pengalaman mereka, boleh klik di sini penyingkapfakta666.blogspot.com


Isy, memang seramlah... saya ini nak kata penakut, tidaklah sangat. Nak kata berani, pun tidak jugak. Tapi seharian menjadi pengikut blog ini menyebabkan saya teringat-ingat sampai ke rumah. Nasib baiklah tidak sampai terigau-igau. hehe... Pendekatan Mazidul Akmal dan rakan-rakan memang best. Bukan ingin mencari hantu, tetapi mencari bukti dan kebenaran tentang sesuatu. Contohnya tentang legenda banglo berhantu di Seksyen 2, Shah Alam yang berhampiran dengan UiTM, Shah Alam. Semua orang kata rumah itu berhantu, tetapi setakat ini kata "pemegang amanah" rumah itu, banglo itu elok sahaja, tidak pernah ada sesiapa terkena gangguan dan sebagainya.


Inilah rumah yang menjadi buah mulut orang ramai tu...

Berikutan laporan blog tentang pengalaman ngeri berada di banglo berhantu itu, tulisan yang dihasilkan oleh para pelajar yang pernah menyewa di situ menyebabkan semua orang takut untuk tinggal atau menyewa banglo yang menyeramkan itu. Tetapi menurut "pemegang amanah" banglo itu (lagi), kali terakhir banglo itu pernah disewa oleh pelajar-pelajar UiTM lama dulu (saya tak ingat detil laporan itu).

Sebelum ini pun, terpapar iklan di Mudah.com.my tentang banglo di Seksyen 2 itu ingin dijual dengan harga yang sangat murah - RM66,000. Yalah, jika dengan dibandingkan dengan keluasan dan nilai tanah di Shah Alam, sudah tentulah memang berbaloi-baloi jika sesiapa dapat membeli rumah itu dengan harga sedemikian. Dengan bentuk rumahnya, kawasannya yang sangat strategik untuk disewakan kepada penuntut UiTM, siapa yang tidak mahu?

Tetapi, ada pula yang mengatakan iklan di Mudah.com.my itu palsu. Pemilik banglo itu tidak pernah menyatakan ingin menjualnya kepada sesiapa, malah dengan harga yang begitu murah. Masalahnya sekarang, siapa pemilik banglo itu? Sebab ramai orang cuba menelefon nombor yang tertera, namun langsung tidak berangkat ataupun tidak dijawab.

Namun yang menghairankan saya, banyak pendapat menyatakan banglo itu berhantu, tetapi ada juga yang berkata tidak; tapi malangnya bagi yang berkata "tidak" dan "kenal sangat" dengan pemilik banglo itu pun tidak mahu menampilkan diri atau dengan baik hatinya menghulurkan bantuan untuk mana-mana pihak berkenalan dengan si tuan rumah. Sekurang-kurangnya untuk membersihkan nama pemilik dan banglo itu. Ini tidak, hanya memberi komen dengan mengatakan "tidak berhantu" dan "kenal pemilik". Sesungguhnya pernyataan seperti itu hanya akan semakin mendatangkan kebuntuan.

Selain itu, banyak lagi misi yang mereka jalankan. Macam-macam tempat yang pernah mencatatkan peristiwa seram mereka pergi. Memang mengujakanlah... Ada seorang kakak tu, memang berani. Beliau pensyarah kanan salah sebuah IPTA, sekarang sudah menjadi ahli tetap grup Penyingkap Fakta. Sekali dia kena ganggu, pucat jugalah muka, tetapi tetap kontrol cun. Cayalah, Kak Jet! hehe...


Aktiviti grup Penyingkap Fakta. Haa... inilah Kak Jet!

Berdasarkan blog Encik Mazidul ini, pada pendapat saya, masyarakat Malaysia sering sahaja "dipukau" oleh pandangan dan pendapat misteri orang ramai. Pendekatan grup Encik Mazidul ini memang bagus, sekali gus menyingkap pandangan dari sudut lain agar tidak dipengaruhi oleh sikap penakut membabi buta, sehingga adakalanya sampai menyusahkan hidup sendiri dan orang lain.

Bukanlah saya ingin menyatakan sifat berani yang ada dalam diri saya. Tidak saya nafikan, takut juga perlu ada. Takut pada Allah paling utama. Namun sifat penakut yang sedia ada dalam diri ini jangan dibiarkan hingga melampaui batas kerana kadangkala ia menyulitkan. Sekurang-kurangnya edisi siasatan grup ini dapat menbuka batasan pemikiran yang sememangnya sempit atau dihimpit pandangan yang tidak masuk akal. Cuba-cubalah suntiklah unsur keberanian dalam diri agar tidak menyusahkan orang lain.

Okey, kalau ada kelapangan dan ingin mengalami kengerian yang mereka rasai sepanjang misi, carilah link Encik Mazidul ini. Memang bagusssslah... Jumpa lagi!  =)

2 comments:

  1. hheheehh... comel ke saya? ahaks... perasan sungguh!

    ReplyDelete
  2. kompom la comel. org yg x comel xkan bleh kwn dgn saya. huhu...

    ReplyDelete