Friday, June 8, 2012

Berbuah-buah perjalanan... =)



Hah, inilah akibatnya kalau sudah lama tidak menulis. Pening kepala dibuatnya. Cara-cara nak tulis teks pun dah lupa... Tulun! Takpe... takpe... semua benda boleh belajar. Nanti kita cuba satu-satu ya... Tengoklah post sebelum ni, entah apa-apa ditulisnya. Mana perenggan, mana jarak, semua hilang. Main masuk saja... Buruk betul perangai. Insya-Allah, nanti boleh tulis lagi.

Sebenarnya memang aku tengah pening pun. Baru kena selesema dan batuk dua hari lepas. Harap-harapnya sembuhlah cepat. Pening betul! Tambah dengan kerja lagi. Minggu depan sepanjang minggu tak ada di ofis. Wah, bunyi macam hendak berjalan saja, Puan Sufi? Huh, jangan nak berangan ya... selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja...

Universitiku!  =)

Hmmm... Minggu depan aku akan berangkat ke Pulau Pinang - USM (Universitiku! huhu... hah, sekali dapat pergi, berkali-kali terus pergi dan pergi... sebab dulu selalu merungut sudah lama tidak pergi Penang, menjengah universiti yang penuh dengan pengalaman suka duka itu... ohhhh...) dan terus ikut rombongan ke UNIMAP pula. Tapi rasanya aku tidak akan ikut masuk ke UNIMAP, jumpa penulis di hotel atau singgah di Changlun (mengikut perancangan penulislah). Best kan, jalan-jalan? Kalau ada suami atau keluargaku yang nun jauh di Johor tu, memanglah best... tapi bila sorang-sorang ni, hmmm... mood nak berjalan tu rasa malaslah pula. Kalau ikutkan hati (dan poket, hehehe...) memanglah rasa nak melajakkan diri ke jeti Langkawi, atau tumpang kereta encik penulis, ikut balik Kedah, sebab penulis tu orang Jitra. Ingin juga rasanya menziarahi keluarga angkat di Jitra yang sudah lama tidak bersua muka. Apa khabar agaknya orang di sana? www.youtube.com/watch?v=KoooL7BXRWE wah, siap ada lagu pula tu... huhu...

Oleh-oleh? Oh... janganlah terlalu meminta, mengenang isi poket sahaja, aku sudah merana... ohhh... tapi macam mustahil jugalah kan kalau Cik Puan Sufi ini tidak berbelanja. Memang sesuatu yang peliklah kalau tidak beli apa-apa. Hahahahaha... Mestilah beli buah tangan, walau dengan duit yang seciput, tetap akan kubeli walau sejemput pun... Yalah, ikut sunnah Rasulullah SAW, kalau berpergian, balik tu bawalah buah tangan walau sedikit. Buat menyukakan hati orang yang ditinggalkan... Tak gitu? hehe...


Semoga perjalananku yang berbuah-buah (yalah, sebab bukan catatan sebuah perjalanan kan? hehe...) sentiasa dalam perlindungan Allah, dan juga semoga urusanku di negeri orang akan dipermudah. Amin... jumpa lagi!

1 comment:

  1. iye la Puan Sufi ooii... berjalan2 kalo penuh poket, boleh gak org di sini 'menumpang' ole2...ehheheh

    ReplyDelete