Friday, June 8, 2012

Berbuah-buah perjalanan... =)



Hah, inilah akibatnya kalau sudah lama tidak menulis. Pening kepala dibuatnya. Cara-cara nak tulis teks pun dah lupa... Tulun! Takpe... takpe... semua benda boleh belajar. Nanti kita cuba satu-satu ya... Tengoklah post sebelum ni, entah apa-apa ditulisnya. Mana perenggan, mana jarak, semua hilang. Main masuk saja... Buruk betul perangai. Insya-Allah, nanti boleh tulis lagi.

Sebenarnya memang aku tengah pening pun. Baru kena selesema dan batuk dua hari lepas. Harap-harapnya sembuhlah cepat. Pening betul! Tambah dengan kerja lagi. Minggu depan sepanjang minggu tak ada di ofis. Wah, bunyi macam hendak berjalan saja, Puan Sufi? Huh, jangan nak berangan ya... selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja...

Universitiku!  =)

Hmmm... Minggu depan aku akan berangkat ke Pulau Pinang - USM (Universitiku! huhu... hah, sekali dapat pergi, berkali-kali terus pergi dan pergi... sebab dulu selalu merungut sudah lama tidak pergi Penang, menjengah universiti yang penuh dengan pengalaman suka duka itu... ohhhh...) dan terus ikut rombongan ke UNIMAP pula. Tapi rasanya aku tidak akan ikut masuk ke UNIMAP, jumpa penulis di hotel atau singgah di Changlun (mengikut perancangan penulislah). Best kan, jalan-jalan? Kalau ada suami atau keluargaku yang nun jauh di Johor tu, memanglah best... tapi bila sorang-sorang ni, hmmm... mood nak berjalan tu rasa malaslah pula. Kalau ikutkan hati (dan poket, hehehe...) memanglah rasa nak melajakkan diri ke jeti Langkawi, atau tumpang kereta encik penulis, ikut balik Kedah, sebab penulis tu orang Jitra. Ingin juga rasanya menziarahi keluarga angkat di Jitra yang sudah lama tidak bersua muka. Apa khabar agaknya orang di sana? www.youtube.com/watch?v=KoooL7BXRWE wah, siap ada lagu pula tu... huhu...

Oleh-oleh? Oh... janganlah terlalu meminta, mengenang isi poket sahaja, aku sudah merana... ohhh... tapi macam mustahil jugalah kan kalau Cik Puan Sufi ini tidak berbelanja. Memang sesuatu yang peliklah kalau tidak beli apa-apa. Hahahahaha... Mestilah beli buah tangan, walau dengan duit yang seciput, tetap akan kubeli walau sejemput pun... Yalah, ikut sunnah Rasulullah SAW, kalau berpergian, balik tu bawalah buah tangan walau sedikit. Buat menyukakan hati orang yang ditinggalkan... Tak gitu? hehe...


Seharian bergentayangan di laman blog

Blog Penyingkap Fakta 666 bagusss...

Inilah kawanku, si comel Suzanti!  =




Assalamualaikum wbt. Adusss... lama sungguh aku tak menulis. Tangan memang gatal tapi menulis untuk tujuan lainlah. Kalau tidak sebab kerja, sudah semestinya untuk karyaku sendiri. Masyuk beb... Huhu... Hmmm... aku terpanggil untuk menulis semula di blog ini atas dorongan sahabatku, si comel Suzanti Abdul Aziz. Haaaa... nanti aku masukkan foto kawanku itu ya...









Dua bulan sudah, aku terjumpa blog yang menarik tapi kalau orang tak berani tak payah bukalah. Blog Mazidul Akmal Sidek. Rupa-rupanya beliau ada kumpulan persis Seekers, yang kerjanya mencari bukti "kehantuan". Eh, betul ke ayat aku ni? hehe... Nama grup beliau ialah Penyingkapfakta666.blogspot.com Kalau nak baca pengalaman-pengalaman mereka, boleh klik di sini penyingkapfakta666.blogspot.com


Isy, memang seramlah... saya ini nak kata penakut, tidaklah sangat. Nak kata berani, pun tidak jugak. Tapi seharian menjadi pengikut blog ini menyebabkan saya teringat-ingat sampai ke rumah. Nasib baiklah tidak sampai terigau-igau. hehe... Pendekatan Mazidul Akmal dan rakan-rakan memang best. Bukan ingin mencari hantu, tetapi mencari bukti dan kebenaran tentang sesuatu. Contohnya tentang legenda banglo berhantu di Seksyen 2, Shah Alam yang berhampiran dengan UiTM, Shah Alam. Semua orang kata rumah itu berhantu, tetapi setakat ini kata "pemegang amanah" rumah itu, banglo itu elok sahaja, tidak pernah ada sesiapa terkena gangguan dan sebagainya.


Inilah rumah yang menjadi buah mulut orang ramai tu...

Berikutan laporan blog tentang pengalaman ngeri berada di banglo berhantu itu, tulisan yang dihasilkan oleh para pelajar yang pernah menyewa di situ menyebabkan semua orang takut untuk tinggal atau menyewa banglo yang menyeramkan itu. Tetapi menurut "pemegang amanah" banglo itu (lagi), kali terakhir banglo itu pernah disewa oleh pelajar-pelajar UiTM lama dulu (saya tak ingat detil laporan itu).

Sebelum ini pun, terpapar iklan di Mudah.com.my tentang banglo di Seksyen 2 itu ingin dijual dengan harga yang sangat murah - RM66,000. Yalah, jika dengan dibandingkan dengan keluasan dan nilai tanah di Shah Alam, sudah tentulah memang berbaloi-baloi jika sesiapa dapat membeli rumah itu dengan harga sedemikian. Dengan bentuk rumahnya, kawasannya yang sangat strategik untuk disewakan kepada penuntut UiTM, siapa yang tidak mahu?

Tetapi, ada pula yang mengatakan iklan di Mudah.com.my itu palsu. Pemilik banglo itu tidak pernah menyatakan ingin menjualnya kepada sesiapa, malah dengan harga yang begitu murah. Masalahnya sekarang, siapa pemilik banglo itu? Sebab ramai orang cuba menelefon nombor yang tertera, namun langsung tidak berangkat ataupun tidak dijawab.

Namun yang menghairankan saya, banyak pendapat menyatakan banglo itu berhantu, tetapi ada juga yang berkata tidak; tapi malangnya bagi yang berkata "tidak" dan "kenal sangat" dengan pemilik banglo itu pun tidak mahu menampilkan diri atau dengan baik hatinya menghulurkan bantuan untuk mana-mana pihak berkenalan dengan si tuan rumah. Sekurang-kurangnya untuk membersihkan nama pemilik dan banglo itu. Ini tidak, hanya memberi komen dengan mengatakan "tidak berhantu" dan "kenal pemilik". Sesungguhnya pernyataan seperti itu hanya akan semakin mendatangkan kebuntuan.

Selain itu, banyak lagi misi yang mereka jalankan. Macam-macam tempat yang pernah mencatatkan peristiwa seram mereka pergi. Memang mengujakanlah... Ada seorang kakak tu, memang berani. Beliau pensyarah kanan salah sebuah IPTA, sekarang sudah menjadi ahli tetap grup Penyingkap Fakta. Sekali dia kena ganggu, pucat jugalah muka, tetapi tetap kontrol cun. Cayalah, Kak Jet! hehe...

Monday, January 4, 2010

Aku yang comel!


Hai... sudah lama tidak bergambar. Akhir sekali pun masa raya. Ini kerja Abang Min lah... rakan sekerjaku yang pergi sama-sama ke simposium. Dia yang bersungguh-sungguh suruh aku posing. Tak kisahlah tu... yang penting aku tetap comel walaupun gemuk! Hahaha... Eleh, mesti ada orang kutuk kata aku puji diri sendiri. Yalah... kalau tidak puji diri sendiri, siapa lagi hendak puji, kan? Barulah ada motivasi tinggi! Huhu...

Isy, sekali tengok macam senget saja tangga. Kalau lama sedikit aku berdiri di situ, silap-silap ada pula tangga yang roboh. Hahaha!

Lagi di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj


Tulisan di bilik pameran Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Cantik, kan?



Tugu-tugu cantik di celah-celah air pancut dan kolam buatan. Di dalamnya terpapar peristiwa-peristiwa bersejarah yang berkait dengan Tunku Abdul Rahman. Nostalgia sungguh!


Kartun dam ular lukisan artis dulu-dulu. Tak perasan pula siapa pelukisnya. Tetapi yang penting aku suka mesej yang berjaya disampaikan di dalam kartun ini. Memang real-lah!


Ini pula kartun hasil karya kartunis Ambo - Gila-Gila (CESB). Cantik betul... Gambar Tunku pun nampak sama saja dengan wajah sebenar beliau.

Kalau hendak tengok banyak lagi barang dan gambar-gambar serta sejarah hidup Tunku Abdul Rahman, silalah berkunjung ke sini. Kereta kemerdekaan pun ada tau! Sayang... aku lupa ambil gambar.

Padang pasir



Inilah benda yang paling aku suka tengok semasa di pameran simposium itu. Rasa klasik je... Tak habis-habis klasik!

Haji dalam Kenangan




Hmm... kalau orang tua-tua pergi ke simposium ini mesti rasa syahdu. Bukan apa... sebab banyak kenangan lama dipamerkan di sini. Aku yang belum pergi haji dan muda remaja (oppsss...) lagi pun terimbau memorinya. Memang sedih bila tengok barangan dan cara perjalanan bakal haji zaman dulu. Jauh beza susahnya berbanding dengan mudahnya zaman sekarang. Alhamdulillah... Tabung Haji memang memainkan peranan yang sangat besar dalam menyediakan kemudahan jemaah haji. Semoga hajat dan hasrat emak dan abah termakbul untuk mengunjungi Baitullah. Begitu juga aku dan suami. Amin...







Ha... ini pula bakul yang digunakan oleh jemaah haji zaman dahulu untuk mengisi barang makanan dan keperluan lain sepanjang tempoh perjalanan pergi dan balik menggunakan kapal dan di Mekah. Tali rajut itu pula gunanya untuk menahan barang-barang daripada terkeluar dari bakul. Tali rajut itu perlu dijalin oleh pakar di kampung. Kalau tidak diikat dengan betul memang berteraburlah barang. Tidak sempat sampai ke Mekah lagi barang sudah hilang di pelabuhan...







Klasik betul peti-peti ini, kan? Peti ini pula gunanya untuk menyimpan pakaian dan keperluan diri. Macam-macam benda agaknya dimasukkan. Maklumlah... hendak berjalan jauh. Bukan sekejap tau! Makan masa empat lima bulan. Yang kahwin dalam kapal, terberanak pun ada. Huhu...





Monday, December 21, 2009

SIMPOSIUM LALUAN HAJI RANTAU ASIA



Aku kena pergi simposium di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur. Tajuknya macam bagus, kan? Kebetulan aku sedang baca buku "Kapal Haji Dalam Kenangan". Memang sesuai betullah! Bila bos bagi surat suruh aku pergi, teruja sungguh hendak ke sana. Tetapi adalah juga benda yang tidak menyeronokkan... Bersambung lagi nanti.



Inilah bunga yang aku berkenan sangat di simposium itu. Siap mintak tolong kawan ambilkan gambar lagi. Nantilah... kalau sudah ada rumah sendiri, aku hendak gubah bunga macam ini juga. Gambar ini tidak berapa jelas warnanya sebab guna kamera telefon, kalau guna kamera canggih atau tengok sendiri, memang cantiklah warnanya!