Monday, January 4, 2010

Aku yang comel!


Hai... sudah lama tidak bergambar. Akhir sekali pun masa raya. Ini kerja Abang Min lah... rakan sekerjaku yang pergi sama-sama ke simposium. Dia yang bersungguh-sungguh suruh aku posing. Tak kisahlah tu... yang penting aku tetap comel walaupun gemuk! Hahaha... Eleh, mesti ada orang kutuk kata aku puji diri sendiri. Yalah... kalau tidak puji diri sendiri, siapa lagi hendak puji, kan? Barulah ada motivasi tinggi! Huhu...

Isy, sekali tengok macam senget saja tangga. Kalau lama sedikit aku berdiri di situ, silap-silap ada pula tangga yang roboh. Hahaha!

Lagi di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj


Tulisan di bilik pameran Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Cantik, kan?



Tugu-tugu cantik di celah-celah air pancut dan kolam buatan. Di dalamnya terpapar peristiwa-peristiwa bersejarah yang berkait dengan Tunku Abdul Rahman. Nostalgia sungguh!


Kartun dam ular lukisan artis dulu-dulu. Tak perasan pula siapa pelukisnya. Tetapi yang penting aku suka mesej yang berjaya disampaikan di dalam kartun ini. Memang real-lah!


Ini pula kartun hasil karya kartunis Ambo - Gila-Gila (CESB). Cantik betul... Gambar Tunku pun nampak sama saja dengan wajah sebenar beliau.

Kalau hendak tengok banyak lagi barang dan gambar-gambar serta sejarah hidup Tunku Abdul Rahman, silalah berkunjung ke sini. Kereta kemerdekaan pun ada tau! Sayang... aku lupa ambil gambar.

Padang pasir



Inilah benda yang paling aku suka tengok semasa di pameran simposium itu. Rasa klasik je... Tak habis-habis klasik!

Haji dalam Kenangan




Hmm... kalau orang tua-tua pergi ke simposium ini mesti rasa syahdu. Bukan apa... sebab banyak kenangan lama dipamerkan di sini. Aku yang belum pergi haji dan muda remaja (oppsss...) lagi pun terimbau memorinya. Memang sedih bila tengok barangan dan cara perjalanan bakal haji zaman dulu. Jauh beza susahnya berbanding dengan mudahnya zaman sekarang. Alhamdulillah... Tabung Haji memang memainkan peranan yang sangat besar dalam menyediakan kemudahan jemaah haji. Semoga hajat dan hasrat emak dan abah termakbul untuk mengunjungi Baitullah. Begitu juga aku dan suami. Amin...







Ha... ini pula bakul yang digunakan oleh jemaah haji zaman dahulu untuk mengisi barang makanan dan keperluan lain sepanjang tempoh perjalanan pergi dan balik menggunakan kapal dan di Mekah. Tali rajut itu pula gunanya untuk menahan barang-barang daripada terkeluar dari bakul. Tali rajut itu perlu dijalin oleh pakar di kampung. Kalau tidak diikat dengan betul memang berteraburlah barang. Tidak sempat sampai ke Mekah lagi barang sudah hilang di pelabuhan...







Klasik betul peti-peti ini, kan? Peti ini pula gunanya untuk menyimpan pakaian dan keperluan diri. Macam-macam benda agaknya dimasukkan. Maklumlah... hendak berjalan jauh. Bukan sekejap tau! Makan masa empat lima bulan. Yang kahwin dalam kapal, terberanak pun ada. Huhu...